TOY EIGHT トイエイト

Dasar privasi

DASAR PERLINDUNGAN DATA PENILAIAN TOYEIGHT

1. Pengenalan

TOYBOX CREATIONS AND TECHNOLOGY SDN BHD adalah komited terhadap perlindungan Data Peribadi anda dan mengambil kira hal melindungi privasi anda sebagai keutamaan yang tinggi.

Untuk tujuan dasar ini, pengawal data ialah TOYBOX CREATIONS AND TECHNOLOGY SDN BHD dengan pejabat berdaftar di TOYBOX CREATIONS AND TECHNOLOGY SDN BHD, 51A-2B, JALAN PANDAN CAHAYA 2/3. PANDAN CAHAYA, 68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN (selepas dari ini akan dirujuk sebagai “Toyeight”, “kita”, atau “kami”, “kepunyaan kami”).

Dasar ini terpakai untuk data peribadi anda (pelanggan kami, pengarah-pengarah, pemegang-pemegang saham, penjual-penjual, pengedar-pengedar, pembekal-pembekal, pembekal-pembekal perkhidmatan, rakan-rakan perniagaan, dan sebagainya) dan/atau individu-individu yang disediakan oleh anda, yang dimiliki oleh Toyeight atau Toyeight perolehi tentang anda, sama ada pada masa kini atau akan datang. Sekiranya anda adalah merupakan sebuah badan korporat/sebuah organisasi, rujukan kepada istilah “anda” dan “kepunyaan anda” akan turut termasuk kakitangan, perwakilan-perwakilan dan ejen.

Dasar ini boleh disemak dan dikemaskini oleh Toyeight dari masa ke semasa. Toyeight mengesyorkan agar anda melawat Laman Web kami untuk membaca versi terkini tentang dasar ini setiap kali anda memberikan data peribadi anda kepada kami. Dengan terus berkomunikasi dengan Toyeight, menggunakan khidmat-khidmat kami, membeli produk-produk kami dan/atau melayari laman web kami setelah diberi maklum berkenaan sebarang pindaan terhadap dasar ini, anda akan dianggap sebagai telah bersetuju dan menerima pindaan-pindaan tersebut.

2. Persetujuan

Toyeight hanya akan memproses data peribadi anda mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, dengan peraturan-peraturan, garis-garis panduan dan arahan-arahan yang boleh digunapakai di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan mana-mana pindaan berkanun atau enakmen semula terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dari masa ke semasa (secara kolektifnya dirujuk sebagai “PDPA”) berserta dengan Dasar Perlindungan Data ini.

Dengan memberikan data peribadi anda kepada Toyeight, melayari laman web kami, dan menggunakan produk-produk dan perkhidmatan kami, anda dianggap telah membaca dan menerima dasar yang tersebut ini;

Anda juga dianggap telah memberi persetujuan terhadap pemprosesan data peribadi anda oleh Toyeight mengikut cara yang ditetapkan di sini. Sekiranya anda memberikan data peribadi pihak ketiga kepada Toyeight, anda menjamin dan mewakili Toyeight bahawa anda telah mendapat persetujuan yang diperlukan dari pihak ketiga untuk pemprosesan data berkaitan oleh Toyeight mengikut cara yang ditetapkan di sini.

3. Penggunaan Maklumat Anda

Toyeight mengumpul maklumat yang boleh dikenal pasti secara individu menggunakan sistem proprietari kami serta maklumat tanpa nama yang diagregatkan pada sistem, dan menggunakan maklumat tersebut untuk memberikan kemaskini dan maklumat daripada Toyeight kepada anda, untuk menambah baik produk Toyeight atau pihak ketiga atau sebagai rujukan kepada pembangunan produk mereka. Jika maklumat sedemikian dikumpul berkaitan dengan perkhidmatan lain yang disediakan oleh Toyeight, Toyeight akan menangani maklumat tersebut dengan sewajarnya menurut Perjanjian Lesen Pengguna Akhir kami, dasar privasi atau sebarang terma dan syarat lain yang disediakan berkaitan dengan perkhidmatan lain tersebut.

4. Prinsip Notis dan Pilihan

Toyeight mungkin mengumpul data peribadi daripada anda semasa urusan anda dengan Toyeight atau untuk tujuan aktiviti perniagaan Toyeight. Data peribadi tersebut mungkin termasuk (tetapi tidak terhad kepada) nama mengikut kad pengenalan, nama pilihan, nombor kad pengenalan/pasport, umur, nombor telefon, data biometrik, alamat kediaman, alamat e-mel, tarikh lahir, jantina, bangsa, kewarganegaraan, data tingkah laku, pekerjaan, jawatan, akaun bank atau butiran pembayaran, maklumat pasangan/anak seperti nama dan tarikh lahir, maklumat syarikat anda seperti nama, nombor pendaftaran dan alamat, maklumat berkaitan kesihatan fizikal atau mental, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang serupa dan data lain yang diperlukan bagi tujuan untuk pengumpulan data peribadi. Toyeight mungkin "memproses" data peribadi anda dengan cara mengumpul, merekod, memegang, menyimpan dan/atau menggunakannya. Data peribadi yang anda berikan kepada Toyeight mungkin diproses oleh Toyeight untuk tujuan berikut:-

  • untuk mengendalikan hubungan perniagaan atau kontraktual di antara Toyeight dengan anda dan/atau syarikat anda;
  • untuk berkomunikasi dengan anda dan/atau syarikat anda untuk mengekalkan dan menambah baik hubungan pelanggan;
  • untuk melaksanakan prosedur-prosedur pengurusan hubungan pelanggan;
  • untuk memberi anda maklumat tentang aktiviti, produk, perkhidmatan, acara dan program yang mungkin dianjurkan, diuruskan, dibantu, ditaja dan/atau disertai oleh Toyeight;
  • untuk memberi anda maklumat tentang produk, perkhidmatan, acara dan program yang ditawarkan oleh pihak ketiga terpilih yang mungkin menarik minat anda;
  • untuk memudahkan pembayaran berkaitan perniagaan atau urusan kontrak antara Toyeight dan anda dan/atau syarikat anda;
  • untuk menjalankan penyelidikan, kajian, penilaian, tinjauan dan/atau menyediakan laporan/statistik untuk tujuan aktiviti perniagaan Toyeight;
  • untuk memproses dan menganalisis data peribadi anda sama ada secara individu atau kolektif dengan individu lain;
  • untuk berkongsi mana-mana data peribadi anda dengan rakan kongsi perniagaan Toyeight untuk bersama-sama membangunkan produk dan/atau perkhidmatan atau melancarkan kempen pemasaran;
  • untuk mengekalkan dan mengemas kini penyimpanan rekod dalaman, fail dan senarai hubungan;
  • untuk menjawab pertanyaan anda;
  • untuk mematuhi mana-mana keperluan undang-undang atau peraturan yang terpakai kepada Toyeight, dan untuk membuat pendedahan di bawah keperluan mana-mana undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling atau kod yang terpakai kepada Toyeight;
  • untuk pengambilan pekerja;
  • untuk tujuan pentadbiran dalaman;
  • untuk penyimpanan rekod dalaman Toyeight; dan/atau
  • lain-lain aktiviti perniagaan Toyeight yang sah.

Toyeight akan mendapatkan keizinan anda secara berasingan untuk tujuan-tujuan lain yang tidak termasuk dalam kategori-kategori yang dinyatakan di atas.

  • Toyeight tidak akan menjual, menyewa, memindahkan atau mendedahkan sebarang data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran anda. Walau bagaimanapun, data peribadi yang anda berikan mungkin akan, jika diperlukan, dizahirkan kepada kelas-kelas pihak ketiga seperti yang berikut:
  • Kumpulan syarikat Toyeight termasuk syarikat induk, anak syarikat, pengganti hak milik perniagaan, syarikat berkaitan dan/atau syarikat bersekutu di dalam atau di luar Malaysia;
  • Subkontraktor atau perkhidmatan pihak ketiga atau pembekal produk untuk Toyeight sebagaimana yang kami anggap perlu atau sesuai;
  • Institusi kewangan bagi tujuan memudahkan pembayaran-pembayaran dan/atau penyimpanan rekod-rekod kewangan berkaitan hubungan perniagaan atau kontraktual antara Toyeight dan anda dan/atau syarikat anda;
  • Badan-badan dan agensi-agensi kerajaan di dalam atau di luar Malaysia termasuk rakan kongsi-rakan kongsi strategik yang bekerja bersama Toyeight berhubung kegiatan-kegiatan perniagaan atau sebarang acara atau program Toyeight;
  • Mana-mana pihak yang dicalonkan atau dilantik oleh Toyeight sama ada secara tunggal atau bersama-sama dengan pembekal perkhidmatan lain untuk tujuan mewujudkan dan mengekalkan satu pangkalan data umum di mana Toyeight mempunyai kepentingan bersama yang sah;
  • Pusat data dan/atau pelayan yang terletak di dalam atau di luar Malaysia untuk tujuan penyimpanan data;
  • Mana-mana pihak yang terlibat dalam prosiding undang-undang atau prosiding undang-undang yang bakal berlaku;
  • Ejen, kontraktor, juruaudit, penasihat, perunding, syarikat insurans, peguam atau penasihat kewangan atau profesional lain untuk Toyeight;
  • Badan-badan pengawalseliaan, badan-badan kerajaan atau lain-lain pihak berkuasa jika dikehendaki atau diberikan kuasa untuk berbuat demikian bagi melaksanakan fungsi pengawalseliaan di bawah mana-mana undang-undang atau berhubung mana-mana perintah atau penghakiman sesuatu mahkamah;
  • Mana-mana orang yang mana kami diwajibkan atau dikehendaki berbuat demikian di bawah undang-undang;
  • Rakan perniagaan kami, penyedia produk pihak ketiga dan/atau perkhidmatan, pembekal, vendor, kontraktor atau ejen, atas asas perlu tahu sahaja, yang membekalkan produk dan/atau perkhidmatan yang berkaitan dengan perniagaan kami, atau menunaikan atau melaksanakan satu atau lebih daripada satu Tujuan di atas dan tujuan lain yang diperlukan untuk mengendalikan dan mengekalkan perniagaan kami;
  • Data peribadi yang diproses oleh Toyeight dikumpul daripada anda atau diberikan kepada Toyeight oleh pihak ketiga adalah bagi tujuan-tujuan yang tersebut di atas.
  • Sila maklum bahawa pengumpulan data peribadi anda oleh Toyeight mungkin bersifat mandatori atau sukarela bergantung kepada Tujuan yang mana data peribadi anda dikumpulkan. Adalah wajib bagi anda untuk membekalkan data peribadi anda kepada Toyeight, dan sekiranya anda gagal atau pilih untuk tidak memberikan data tersebut kepada Toyeight, atau tidak bersetuju dengan Dasar Perlindungan Data di atas, Toyeight tidak akan dapat menyediakan produk dan/atau perkhidmatan atau setidaknya berurusan dengan anda.
  • Toyeight menganggap bahawa semua data peribadi yang anda berikan adalah tepat, lengkap dan tiada satu pun daripadanya mengelirukan atau lapuk. Anda akan mengemas kini Toyeight dengan segera sekiranya berlaku sebarang perubahan pada data peribadi anda. Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada dan untuk pembetulan data peribadi anda. Anda juga boleh memilih untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda. Jika anda ingin membuat mana-mana permintaan tersebut, sila kemukakan permintaan anda secara bertulis kepada Toyeight di alamat pos/e-mel seperti yang dinyatakan dalam Item 12. Toyeight akan mengenakan caj yuran pentadbiran terhadap anda untuk permintaan tersebut.
  • Selain itu, anda juga diberi hak untuk memaklumkan Toyeight mengenai penarikan balik (sepenuhnya atau sebahagian) persetujuan anda yang diberikan sebelum ini kepada Toyeight tertakluk kepada sebarang sekatan undang-undang yang terpakai, syarat kontrak dan tempoh masa yang munasabah untuk penarikan balik kebenaran tersebut dilaksanakan. Walau bagaimanapun, penarikan balik persetujuan anda mungkin menyebabkan akibat-akibat undang-undang tertentu. Dalam hal ini, bergantung kepada sejauh mana penarikan balik persetujuan sedemikian untuk Toyeight memproses data peribadi anda, ini mungkin bermakna Toyeight tidak akan dapat meneruskan hubungan sedia ada dengan Toyeight dan/atau kontrak yang anda miliki dengan Toyeight akan perlu ditamatkan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi tersebut, sila hubungi Toyeight secara bertulis di alamat pos/e-mel seperti yang dinyatakan dalam Item 12.

5. Keselamatan Data Peribadi Anda

  • Toyeight telah melaksanakan dasar-dasar keselamatan dan langkah-langkah teknikal untuk melindungi data peribadi anda menurut keperluan-keperluan undang-undang serta peraturan-peraturan berkaitan perlindungan data peribadi yang terpakai. Sekiranya Toyeight mendapati adalah perlu atau sesuai bagi tujuan penyimpanan atau pemprosesan data, Toyeight akan memindahkan data peribadi tersebut kepada pembekal perkhidmatan atau produk pihak ketiga di dalam atau di luar Malaysia, berdasarkan tahap dasar-dasar keselamatan yang setara.
  • Toyeight akan membuat kemas kini yang munasabah kepada langkah-langkah keselamatannya dari semasa ke semasa dan memastikan pihak ketiga yang diberikuasa hanya menggunakan data peribadi anda untuk tujuan yang dinyatakan dalam polisi ini.
  • Internet bukanlah medium yang selamat. Walau bagaimanapun, Toyeight akan menyediakan pelbagai prosedur keselamatan berkaitan dengan laman web dan medium komunikasi elektronik anda dengan kami. Semua pekerja dan pemproses data, yang mempunyai akses dan berkaitan dengan pemprosesan data peribadi, adalah bertanggungjawab untuk menghormati kerahsiaan data peribadi anda.
  • Sila maklum bahawa komunikasi melalui Internet, seperti e-mel/e-mel web tidak selamat kecuali mereka telah disulitkan. Komunikasi anda mungkin dihalakan melalui beberapa negara sebelum dihantar- ini adalah sifat World Wide Web/Internet. Toyeight tidak boleh dan tidak menerima tanggungjawab untuk sebarang akses tanpa izin atau pemintasan atau kehilangan data peribadi yang berada di luar kawalan kami yang munasabah.
  • Kemudahan dan pelayan storan teknologi maklumat Toyeight mungkin ditempatkan dalam bidang kuasa lain di luar Malaysia. Ini mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, keadaan di mana data peribadi anda mungkin disimpan pada pelayan yang terletak di luar Malaysia. Di samping itu, data peribadi anda mungkin didedahkan atau dipindahkan kepada entiti yang terletak di luar Malaysia atau tempat anda mengakses laman web dari negara selain Malaysia. Sila ambil perhatian bahawa entiti asing ini mungkin ditubuhkan di negara yang mungkin tidak menawarkan tahap perlindungan data yang setara dengan yang ditawarkan di Malaysia di bawah undang-undang Malaysia. Anda dengan ini secara nyata membenarkan kami memindahkan data peribadi anda ke luar Malaysia untuk tujuan tersebut. Toyeight akan berusaha untuk memastikan bahawa langkah-langkah yang munasabah diambil untuk memastikan bahawa semua pihak ketiga di luar Malaysia tidak akan menggunakan data peribadi anda selain daripada bahagian Tujuan tersebut dan untuk melindungi kerahsiaan dan privasi data peribadi anda dengan sewajarnya.

6. Penyimpanan Data Peribadi anda

Toyeight akan mengekalkan data peribadi yang diberikan kepada kami selagi tujuan yang mana data peribadi dikumpulkan berterusan; data peribadi anda kemudiannya dimusnahkan atau dirahsiakan daripada rekod dan sistem Toyeight selaras dengan dasar penyimpanan kami sekiranya data peribadi anda tidak lagi diperlukan untuk tujuan tersebut kecuali penyimpanan selanjutnya diperlukan untuk memenuhi tempoh penyimpanan yang lebih lama untuk memenuhi operasi kami, keperluan undang-undang, peraturan, cukai atau perakaunan.

7. Data Peribadi daripada Kanak-kanak dan Individu Lain

  • Setakat mana data peribadi yang telah anda berikan (atau akan berikan) tentang ahli keluarga anda, pasangan, tanggungan lain (jika anda seorang individu), pengarah, pemegang saham, pekerja, wakil, ejen (jika anda adalah entiti korporat/organisasi) dan/atau individu lain, anda mengesahkan bahawa anda telah menerangkan (atau akan menerangkan) kepada mereka bahawa data peribadi mereka akan diberikan kepada, dan diproses oleh Toyeight dan anda mewakili dan menjamin bahawa anda telah mendapat persetujuan mereka untuk pemprosesan (termasuk pendedahan dan pemindahan) data peribadi mereka menurut Dasar Privasi ini.
  • Berkenaan dengan kanak-kanak bawah umur (iaitu individu di bawah umur 18 tahun) atau individu yang tidak kompeten di sisi undang-undang untuk memberikan kebenaran, anda mengesahkan bahawa anda ialah ibu bapa atau penjaga atau orang yang mempunyai tanggungjawab ibu bapa ke atas mereka atau orang yang dilantik oleh mahkamah untuk menguruskan hal ehwal mereka atau mereka telah melantik anda untuk bertindak bagi pihak mereka, untuk bersetuju bagi pihak mereka untuk pemprosesan (termasuk pendedahan dan pemindahan) data peribadi mereka mengikut dasar ini.

8. Laman Web

  • Pautan luaran
    • Jika mana-mana bahagian laman web kami menghubungkan anda ke laman web lain, laman web tersebut tidak beroperasi di bawah dasar ini dan kami tidak menerima sebarang tanggungjawab atau liabiliti yang timbul dari laman-laman web tersebut;
    • Jika anda melanggan aplikasi, kandungan atau produk daripada rakan kongsi strategik Toyeight dan and kemudiannya memberikan data peribadi anda terus kepada pihak ketiga, data peribadi tersebut akan tertakluk kepada dasar privasi/perlindungan data peribadi pihak ketiga tersebut (jika ada) dan tidak kepada Dasar Data Peribadi ini;
    • Kami mengesyorkan anda membaca dan memahami privasi/pernyataan/dasar perlindungan data peribadi yang disiarkan pada laman web lain tersebut untuk memahami prosedur mereka untuk mengumpul, memproses, menggunakan dan mendedahkan data peribadi dan sebelum menyerahkan data peribadi anda ke laman web tersebut.

9. Cookies

  • Kami menggunakan standard teknologi industri yang dipanggil “cookies”. Cookies ialah maklumat kecil yang disimpan pada pemacu keras komputer atau peranti anda untuk tujuan penyimpanan rekod, dan digunakan oleh kami untuk menjejaki lawatan anda ke laman web Toyeight. Cookies boleh digunakan untuk menyimpan pilihan anda untuk kemudahan dan keselesaan anda semasa menggunakan laman web. Rangkaian pengiklanan pihak ketiga boleh mengeluarkan cookies berasingan mereka ke cakera keras anda semasa memaparkan iklan mereka;
  • Jenis data aliran klik tidak diperibadikan yang dikumpul oleh kami melalui cookie mungkin termasuk alamat Protokol Internet anda, perisian pelayar web, tarikh dan waktu lawatan ke Laman Web Toyeight, dan sama ada permintaan anda (termasuk permintaan carian dan klik pautan ke bahagian Laman web Toyeight) dipenuhi dengan jayanya. Semua maklumat berikut yang dikumpul melalui cookies bukanlah data peribadi dan anda tidak boleh dikenal pasti daripada maklumat ini. Maklumat sedemikian hanya digunakan untuk tujuan mengurus dan mencipta pengalaman pengguna yang lebih baik, menganalisis trafik di laman web dan untuk mengenal pasti bahagian untuk penambahbaikan di laman web Toyeight.
  • Penggunaan cookies kini merupakan standard industri, dan anda akan mendapati ia digunakan pada kebanyakan laman web utama. Kebanyakan pelayar pada mulanya ditetapkan untuk menerima cookies. Jika anda mahu, anda boleh memilih untuk menetapkan semula pelayar untuk memberitahu anda apabila anda telah menerima cookies atau menolak untuk menerima cookies. Anda harus faham bahawa sesetengah ciri pada laman web Toyeight tidak akan berfungsi dengan betul jika anda menetapkan pelayar anda untuk tidak menerima cookies.

10. Penafian dan Had Liabiliti

Anda hendaklah menggunakan Toyeight atas risiko anda sendiri. Tiada jaminan diberi untuk Maklumat atau nasihat yang diberikan oleh Toyeight. Sistem ini disediakan atas dasar "seadanya" tanpa sebarang jenis jaminan. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Toyeight menafikan sebarang dan semua jaminan berkenaan dengan sistem, nyata atau tersirat, termasuk tanpa had, jaminan tersirat kebolehdagangan dan kesesuaian untuk tujuan tertentu. Toyeight hendaklah menanggung liabiliti untuk ganti rugi yang disebabkan oleh sebab-sebab yang berkaitan dengan Toyeight (kecuali untuk sebarang ganti rugi sampingan, khas, berbangkit, teladan, tidak langsung atau punitif); walau bagaimanapun, kecuali dalam kes salah laku yang disengajakan atau kecuaian teruk oleh Toyeight dan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Toyeight tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan yang ditanggung oleh anda atau pihak ketiga melebihi tahap yang biasanya dijangkakan berkaitan dengan akses anda, penggunaan, penyalahgunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan sistem atau data pada sistem, atau penamatan atau pembatalan polisi ini, walaupun Toyeight telah menjangkakan kemungkinan keburukan atau kerosakan tersebut. Dalam apa jua keadaan, liabiliti agregat Toyeight kepada anda berkaitan dengan sebarang tuntutan yang timbul daripada atau berkaitan dengan sistem adalah terhad kepada amaun yang sebenarnya anda bayar untuk sistem, kecuali dalam kes salah laku yang disengajakan atau kecuaian teruk oleh Toyeight dan kepada tahap yang paling tinggi setakat yang dibenarkan oleh undang-undang. Jika undang-undang menyekat keupayaan Toyeight untuk mengehadkan liabiliti atau menafikan jaminan, had yang disenaraikan di atas mungkin tidak terpakai kepada anda. Dalam kes itu, Toyeight mengehadkan liabiliti kami dan menafikan waranti setakat yang dibenarkan oleh undang-undang. Untuk mengelakkan keraguan, tiada apa pun di sini akan mengecualikan atau menyekat liabiliti Toyeight untuk kematian atau kecederaan peribadi akibat daripada kecuaian Toyeight.

11. Percanggahan

Versi terbaru Dasar Peribadi ini akan digunapakai.

12. Butiran Maklumat Toyeight

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Toyeight di:-

TOYBOX CREATIONS AND TECHNOLOGY SDN BHD,

Alamat berdaftar:-

51A-2B, JALAN PANDAN CAHAYA 2/3,
PANDAN CAHAYA,
68000 AMPANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.

Alamat syarikat:-

E-01-02, BLOCK E PLAZA MONT KIARA,
JALAN KIARA, MONT KIARA WP 50480,
KUALA LUMPUR.

u.p.:Pasukan perkhidmatan Toyeight

E-mel:info@toyeight.com